pembaca

Tuesday, May 31, 2011

sebuah permintaan


 ..hari ini langkahnya tidak keruan, hayun tangan yang tidak sekata. Jelas ada risau . Salihin tahu akan apa yang mendepaninya sekarang. Masalah, tetapi masih belum kelihatan 'tubuhnya' hanya berbayang pada turap  jalan yang hitam.

  Dia menyeka peluh yang menitis kerana disimbah terik mentari yang garang menyeringai di tengah ufuk. Dia jadi diam sebentar. Menyeluk dalam poket seluarnya , mencari sesuatu , telefon bimbitnya. Dicarikan sesuatu di sebalik deretan daftar telefon yang ada. Seseorang. Lama ditenungkan , di situ, di antara dua nama.  Mana yang mahu dipilih dan ditelefon.

      Dia memandang ke hadapan seketika, anak mata mengiring ke atas belah kiri  memeriksa memori lamanya. Ke depan lagi dia melangkah. Menuju ke arah bangku yang kosong di bawah pondok perhentian bas di depannya. Di situ seorang wanita, dalam sopan bebaju kurung merah muda menantinya  tetapi langsung tidak dipedulikan. Malah duduknya juga hanya di hujung birai bangku simen panjang perhentian bas itu. Kejadian semalam mula membias kembali..

  .."makcik Zainab dan Encik Salihin ,keputusannya sudah siap, sebelum saya baca.." Doktor Azman berhenti seketika. Empat pasang terpaku ke arahnya, menggentarkan ulas pengucapannya. Walaupun segalanya telah dipersiapkan namun tetap jua dia tidak dapat mengatasi situasi yang sebenar.
  "...menurut semua ujian yang kita telah buat makcik disahkan mengidap kanser otak.."

"..Allah.." ucap Zainab perlahan, sambil mengurut dadanya menenangkan panik yang menyerang tiba-tiba.

   "..APA..DOKTOR ..KANSER OTAK?!!" balas Salihin yang tidak dapat sembunyikan panik dan rasa tidak percayanya.

  "ya Encik, maafkan  saya,ibu tuan  hanya ada masa kira-kira 3bulan sahaja dan kita tidak dapat untuk menjalankan apa-apa rawatan kerana usia ibu Encik yang sudah terlalu lanjut. Maafkan saya sekali lagi." panjang lebar Doktor Azman menghabiskan laporannya.

 Salihin tersandar di kerusi dengan tangan yang tertangkup dimukanya. Rasa tidak percayanya masih belum hilang. Zainab mengusap bahu anaknya. Lantas tangan itu dipaut Salihin, dikucupnya bersama dengan tangisan. Airmatanya mengalir membasahi telapak tangan ibunya. Zainb ikut terusik, maka airmata yang tidak dapat dibendung pun melimpah. Doktor Azman perlahan menarik kerusinya kemudian terus bangun meninggalkan pasangan dua beranak ini. 

  "bersabarlah nak, inilah qada' dan kadar tuhan.."lembut bisikannya Zainab memujuk Salihin.

   Sayu mula hinggap di hatinya, Salihin faham akan maksud ibunya, namun dia masih lagi tidak mampu menelan semuanya. Tangisannya masih lagi belum mahu berhenti.

"ibu.." itu sahaja yang mampu  keluar dari ulas bibirnya.

 Zainab mengangguk perlahan sambil tersenyum ,diusapnya kelopak mata Salihin. mengesat air mata yang masih mengalir panjang. Dengan  perlahan sedu sedan  Salihin itu berhenti dan akhirnya bahunya pun diam. Matanya yang berkaca merenung dalam jernih mata ibunya. Genggamannya jadi bertambah erat. Lalu kedua tangan ibunya itu dirapatkan ke dadanya. 

  "Salihin..hanya kau satu-satunya anak ibu, yalah arwah ayah kau pun tidak sempat hendak melihat menantunya..jadi kalau boleh ibu teringin sangat untuk melihat kau di atas pelamin nak. sebelum"sebelum sempat di habiskan pantas  Salihin menyambut.

   "..baik, baik,..ibu Salihin akan tunaikan permintaan ibu..jangan bimbang nanti akan Salihin bawakan ibu menantu yang pasti buat ibu tersenyum.."

  Ibunya mengangguk faham dan menghadiahkan sebuah senyuman yang hangat.

..."encik..maaf , encik..itu dompet encik .."tegur satu suara dari belakang, mengembalikan semula Salihin pada ketikanya sekarang.

   Salihin berpaling, memeriksa  belakang seluarnya, ya, dompetnya hampir jatuh dek duduknya yang tidak betul itu. Dia membetulkannya kemudian langsung memalingkan mukanya ke arah suara itu..

.."terr....terima kasih ..saudari." seketika tersekat kelancaran lidahnya. Semuanya kerana di depannya seorang rupawan yang manis bertudung dan membalas dengan mekar senyuman yang indah. Putih, bujur sirih ,alis yang lentik dan mata hitam yang bersinar seperti kaca, semuanya  itu membuat degup jantungnya Salihin kelam kabut.

  "sama-sama"  balas si gadis dengan suaranya yang lembut dan sedikit tersembunyi 'manja' di dalamnya. "maafkan saya encik, tadi saya nampak sepertinya encik di dalam masalah.."Si gadis terus bersahaja bertanya. "oh ya maafkan saya, terlupa pula saya..nama saya Umairah ..Balqis Umairah" tambahnya lagi bersama tangan kanan menekup ke atas dadanya dan membongkokkan sedikit kepalanya, sopan.

  "..say..saya Salihin Abdul Rahman..eh Salihin..je" masih kalut.

  Umairah hanya tersenyum ringkas. "apa masalahnya Encik Salihin?"

"err... iii.ibu saya..ehh tak-tak.tak de apa-apa.." hampir sahaja Salihin meluahkannya. Semuanya kerana dirasuk dengan kelunakan suara Umairah.

"oh..maaf encik, bukan saya bermaksud hendak mencampuri hal encik ..tapi, begini encik sebenarnya hari ini saya ingin menunaikan niat saya untuk menolong orang yang pertama saya jumpa hari ini." jelas Umairah cuba untuk memujuk Salihin.

  "maaf..apa maksudnya. saudari 'menunaikan niat' yang macam mana?" tanya  Salihin pula.

"mudahnya begini -saya mahu bayar nazar saya"

"oh..nazar..anehnya nazar Umairah" tanpa disedari dia- Salihin mula merasa mesra dengan suasana yang sekarang dan segala  kekusutan tadi mula makin terasa longgar. Sedikit tenang mula hadir, mengiring bersama.

"jadi kalau encik Salihin tidak keberatan, mungkin saya boleh membantu , sekadar yang saya mampu-insya Allah" sekali lagi Umairah memujuk.

" ..er..err..sebenarnya..macam mana ya er saya..rasa..beginilah..mungkin bukan saya yang Cik Umairah ditakdirkan untuk menolong..ada orang lain yang..'

" Encik Salihin , pertemuan hari ini mungkin telah dirancang oleh Allah, saya rasa tidak salahnya untuk saya menghulurkan sedikit bantuan , semampu saya untuk menolong encik" balas Umairah, sedikit kecewa.

 Salihin terdiam, begitu juga Umairah. Hinggar binggar kenderaan lalu lalang menjadi semakin jelas dan lantang. Serba salah dibuatnya Salihin dengan permintaan gadis ini. bercelaru dia untuk menyusun perkataan yang paling sesuai untuk diteruskan. Dia cuba bertenang dengan mengatur semula nafasnya. Namun ragunya masih jelas pada gosokan di pahanya itu. Kemudian...

  " sebenarnya saya ingin menunaikan permintaan terakhir ibu saya.."

"innalillah.."

"eh bukan  begitu..tapi permintaan ibu saya yang sekarang hanya punya tiga bulan untuk hidup , dia menghidap kanser otak.." dan tidak sempat di habiskan Salihin

"apa permintaannya..?" terus Umairah bertanya.

"..dia mahukan saya bawakan dia kepada seorang menantu..isteri.."

 Umairah terdiam. Dia memandang ke ufuk langit, Di mulutnya tidak putus beristighfar dan bertahmid. Sesungguhnya hari ini semuanya terbuka dan tersimpul untuknya. Umairah tetap percaya bahawa semuanya ada tersembunyi rahsia oleh Dia Yang Maha Bijaksana. Dia yang mengatur segalanya. Dia Yang Maha Mengetahui. Tetapi hari ini jelas, sangat teruji segala  keikhlasannya. Dia pula hilang punca, hilang upaya untuk berbicara. Segalanya di amati dengan dalam. Semuanya dikira dan difikir dengan baik. Jauh disudut hatinya dia memohon agar diberikan petunjuk. Tatkala itu dibisikan padanya ..sebuah ilham.

" baiklah encik Salihin..saya sudi menolong encik. Esok ,di sini ditempat yang sama saya akan tunggu di sini. Soal yang lain saya rasa Encik Salihin sahaja tahu bagaimana untuk menguruskannya. Insya-Allah.  Assalamualaikum.." begitu sahaja Umairah memberi keputusannya dan perlahan berlalu pergi dari situ. Salihin Yang tertinggal masih lagi termangu-mangu tidak faham akan apa yang berlaku. Alam luar bising dan kacau itu jadi sunyi dan beku. Semuanya seakan sebuah paparan filem bisu. Dia memandang semula ke arah susuk tubuh yang makin kelam tenggelam , menjauh dan hilang. Dia terus bisu di situ.

"Ya Allah sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan engkau, segalanya pujian hanya untukmu , ya Allah, Engkau tuhan semesta alam. Tiada daya dan upayaku melainkan dari mu, ya Allah..aku benar-benar bersyukur..segala pujian untukmu , ya Allah..."

  Hari besok, dia pasti ke sini, bersama ibunya..yang pastinya  akan tersenyum bahagia dan Salihin masih lagi tidak putus bertahmid dan bertakbir di dalam hatinya.




                                                                                                                             Sabda Kalam 2011©
                                                                                                                             Hakcipta Terpelihara 







Friday, April 8, 2011

salam

..dalam kesibukan yang terkadang tidak dapat dielakkan atau sengaja diada-akan maka isi kandung blog ini tidak dapat dikemas kini dan di'perbaharukan'. Mohon maaf. Untuk makluman saya sekarang sedang menyudahkan beberapa cerita seboleh mungkin. Insya allah akan di'hidang'kan secepat mungkin di sini.

Saturday, April 2, 2011

mesra jingga

..di taman tulip ini dia menampal sepinya dengan kerharuman warna-warni yang memekar. Hatinya diajak berbicara tapi hanya untuk dirinya. Gebu hijau permaidani taman ini mengusap tubuhnya. Segar yang merasuk membuat pilunya jadi rajuk. Bahgia yang bertamu di sambut dengan manja senyuman. Seketika semuanya damai, aman dan tenang. Bersama dia melayan angan yang terbang mengusir kusut yang ada. Namun dikejauhan satu susuk tubuh kekar mula merapati. Amarah dan risau mula beraja. Langkah itu makin jelas dan rapat. Dari perbaringan dia bangkit untuk memastikan siapakah 'dia'? Tubuh itu tegak memayungi dia , ternampak hanya mesra senyuman diwajah yang berkilau bersama sinaran mentari jingga itu...

"kamu..eton"
"eh ,abang ngah macam mana abang ngah boleh ada kat sini"
"ish kamu nie, yang kamu berbaraing atas rumput nie, kenapa? gatal kamu tahu, dah bangun" sambil di tariknya tangan eton keras.
Eton terkejut dan semuanya tiba-tiba berubah. Di depannya muka abang ngah yang nampak terlalu besar kerana terlalu dekat. Dia memerhati sekelilingnya seketika. Dia bukan lagi di taman tulip tadi tetapi di ruang tamu rumahnya , di depan televisyen yang masih terpasang.
"kamu mengigau apa tadi eton, syok sangat nampaknya..haha sampai tersengih-sengih. Dah bangun dah nak senja dah nie tak baik tidur." seraya bangun menutup televisyen. "laplah air liur basi kat pipi tuh, huduh sangat nampaknya"
Eton tak membalas kecuali terpinga-pinga dengan matanya berkelip-kelip cepat.

Moral: tidak baik tidur petang.
Sabda kalam 2011

Tuesday, January 4, 2011

." "apa nak jadilah..

"apa nak jadilah dengan kamu..."

Sudah cukup setakat itu, untuk panjangnya bebelan yang Jasni boleh ingat. Lain-lain perkara hanya menyimbahkan garam ke luka. Dia tahu niatnya Masni kakaknya baik tetap juga dia tidak sanggup menerima. Bukan dia tidak mahu ambil pusing ..cuma sudah bernanah telinga mendengarnya dari banyak orang. Dari kaum keluarga, kerabat-kerabat, sepupu-sepapat malah dah sampai kepada kawan-kawan , makin meluas jadinya 'pengaruhnya'.
   Harinya belum sampai, nantilah..itu kata hati Jasni..ya tidak lantang ke telinga mereka. Namun rasa dendam sudah cukup puas. Dia berkira-kira dan cuba merencana. Dia juga tahu akan hasilnya di kemudian nanti. Dia tetap dengan ketabahan lelakinya menunggu. Agar dendamnya dapat dibalas. Terbayang  juga nanti. hendak sahaja dia melempar bukti kemenangan ke muka mereka.

"tunggulah.."

Monday, January 3, 2011

*balik segera. dunia dah kiamat*3






tidak pelik, tapi aku sedar keganjilan datangnya telegram dari kampung pada saat aku tak betah lagi untuk pulang. Aku membelek-beleknya tanpa ada maksud. aku telah tahu akan tujuan panggilan pulang ini. namun masih goyah memikirkannya akan amanah yang menanti aku di sana. segala tangggungjawap yang akan ku pikul yang belum pasti lagi aku dapat laksanakannya dengan sempurna hatta aku masih lagi belajar. masih lagi hingusan tentang dunia dan segala rencam kehidupannya. kenapa sekarang? ya, soalan yang tidak sepatutnya aku tanya. soalan yang telahku tahu jawapannya.tubuhku mohon rehat di kerusi batu itu tak lagi sanggup menahan beban jiwa yang tergalas sekarang. ku labuhkan tubuhku ke kerusi batu itu. beberapa tubuh lalu lalang ,sibuk dengan keresahan masing yang aku pikir tak seresah perasaan ku di kala ini.

Sunday, December 26, 2010

khilaf

                  Khilaf*

“dosa? Penyesalan ?”
          “ya. Engkau  tak pernah bercakap tentang semua benda nih ke?”
“pernah. Tapi... penting ke sekarang?”
          “kenapa? Perlu masa-masa tertentu ke?”
“bukan macam tu.....tapi... tak bosan ke?”
          “cuba dulu..baru tahu..”
“emmm...tapi...”
          “begini topik gtu bukan isu tapi hati kita yang penting. Sekarang ia penting. Masa  tetap berlalu tapi kalau tanpa berlaku apa-apa, lagi bosan kan.”
                   Dia diam. Terpaku matanya ke atas. Ke lelangit, seperti ad sesuatu tang menarik perhatinnya . walau di situ hanya kosong dilampiri lampu kalimantang yang melintang,bercahaya, cuba memberi efek khas ke atas perbualan ini.
          “jangan risau. Apa yang timbul di sini  tidak akan  keluar dari sini.”
“aku percaya pada engkau  dan ia bukan satu isu pun selama ini. Tetapi aku tak faham  kenapa tiba-tiba sekarang kita nak bincang sesuatu yang semacam ini.”
          “....sebab masa tak sesuai ke?”
“entahlah ...mungkin, tapi aku terasa semacam jer”
          “memalukan sangat ke?”
“eh, benda macam tu tak memalukan ke?”tanya dia semula.
          “pada kau macam mana?”
“ermm...mestilah kan. Apa.. orang cakap  membuka pekung  didada sendiri, lagi satu orang pun ada cakap ‘skeleton in the closet’ sama kan?”
          “yang nombor dua tu aku kurang arif  sikit ....bukan masalahnya sekarang”
“apa pulak , ia melibatkan perkara-perkara yang mengaibkan aku. Habislah rahsia aku.”

Sunday, December 12, 2010

getah buku

 ‎..tengkujuh. Dipenuhi dengan sedu sedan alam namun tiadadapat menandingi tangisan para penoreh getah. "..getah mahal, wok, tapi norehnya tak dapat"gumam Leman perlahan bersama renungan tanpa maksud yang dilontarkan pada laman basah dan terus basah itu. "hermm esuk naik pulak harga minyaknya ya leman"jawab Wok Limah dari dalam ,yang mengejut Leman. Seketika