pembaca

Tuesday, January 4, 2011

." "apa nak jadilah..

"apa nak jadilah dengan kamu..."

Sudah cukup setakat itu, untuk panjangnya bebelan yang Jasni boleh ingat. Lain-lain perkara hanya menyimbahkan garam ke luka. Dia tahu niatnya Masni kakaknya baik tetap juga dia tidak sanggup menerima. Bukan dia tidak mahu ambil pusing ..cuma sudah bernanah telinga mendengarnya dari banyak orang. Dari kaum keluarga, kerabat-kerabat, sepupu-sepapat malah dah sampai kepada kawan-kawan , makin meluas jadinya 'pengaruhnya'.
   Harinya belum sampai, nantilah..itu kata hati Jasni..ya tidak lantang ke telinga mereka. Namun rasa dendam sudah cukup puas. Dia berkira-kira dan cuba merencana. Dia juga tahu akan hasilnya di kemudian nanti. Dia tetap dengan ketabahan lelakinya menunggu. Agar dendamnya dapat dibalas. Terbayang  juga nanti. hendak sahaja dia melempar bukti kemenangan ke muka mereka.

"tunggulah.."


Dering nada telefon-tangannya mengejutkan seketika dia dari mimpi siangnya.

[keluar minum] Ringkas sms-nya dari Kasman ,sahabat baiknya yang telah bersama di dalam kumpulan 'mereka'.

  Maka ringkas jua jawapan dari Jasni. Malas sahaja dia mencapai tualanya buruk. Melangkah lemah menghala ke bilik mandi. Berhenti seketika di depan cermin besar di tengah ruang tamunya. Sembab. Malah jambangnya sudah semak dimuka. Disengih tawar pada wajahnya. Galak ketawa di ubun-ubunnya. Ketawa yang bisu.
"hehe.."  sedikit terkucil dari mulutnya, cepat-cepat dia meninjau sekeliling takut ada yang nampak.

  Kemudian hanya dengar deburan dari dalam bilik mandi dan dendangan hampir sumbang lagu "kalau berpacaran" bergaung bersama. Cepat dan tangkas itulah bakatnya bila mandi. Jasni tahu dan hampir bangga.
Namun keliru mencari padanan seluar hitam dengan baju bergulung bersama di dalam almari bajunya. Memang sangat senak kalau dipandang tidak pula dia kisah. Tidak mahu pedulikan walaupun hanya perkataan 'kemas' itu. Dipilihnya kemeja hitam. Hitam  semuanya. Padanan kegemarannya. Dompet, kunci , telefon tangan, segala 'peralatan semasa'nya di masukkan ke poket seluarnya. Dijelingnya pada jam dinding.

  "memang lambat 'bedah' nih"


    Kerusi kayu di beranda hadapan dipilihnya untuk menunggu Kasman. Sunyinya pagi membuai kembali mimpinya. Menuai 'hasil'  yang tidak nampak. Hanya yang nyata sengihan yang makin panjang. Juga ketawa kecil yang pelik dan asing. Namun tidak dipedulikan. Apatah lagi di dalam keasyikan yang amat.

"haa Mat. Cepat sikit saya ade mesyuarat penting nih"
"baik tuan"

"aaar tuan?"
"apa, mat?"
Mercedes itu meluncur laju

"malam nih balik ke mana, no2 ke no1?" tanya Mat Jali selamba.
"eish, yang kamu sibuk ini apahal ,Mat?" marah Jasni , sedikit.
"mak encik no 1 tanya?" cuba menjelaskan.
  "ooh..nantilah saya 'call' dia" di capainya Blackberry di dalam saku sutnya. Menekan-nekan tombolnya seketika kemudian di masukkan kembali ke tempatnya. Kedua-duanya diam. Jasni tersenyum sendirian.

PRAAKKK...GEDEGANGGG..!!!

No comments:

Post a Comment