pembaca

Monday, January 3, 2011

*balik segera. dunia dah kiamat*3






tidak pelik, tapi aku sedar keganjilan datangnya telegram dari kampung pada saat aku tak betah lagi untuk pulang. Aku membelek-beleknya tanpa ada maksud. aku telah tahu akan tujuan panggilan pulang ini. namun masih goyah memikirkannya akan amanah yang menanti aku di sana. segala tangggungjawap yang akan ku pikul yang belum pasti lagi aku dapat laksanakannya dengan sempurna hatta aku masih lagi belajar. masih lagi hingusan tentang dunia dan segala rencam kehidupannya. kenapa sekarang? ya, soalan yang tidak sepatutnya aku tanya. soalan yang telahku tahu jawapannya.tubuhku mohon rehat di kerusi batu itu tak lagi sanggup menahan beban jiwa yang tergalas sekarang. ku labuhkan tubuhku ke kerusi batu itu. beberapa tubuh lalu lalang ,sibuk dengan keresahan masing yang aku pikir tak seresah perasaan ku di kala ini.


kedengaran nada bunyi di dalam kocek kanan seluar ku yang kenal akan pemanggilnya. namun kusam rasa yang menyelimuti tubuhku ketika ini membuat aku malas untuk melayan segala kerenah yang lain.deringan itu berhentio sendiri aku tahu dan dia tahu akan maksudnya aku tidak melayannya. ku sandarkan rapat belakang tubuhku ke kerusi batu itu semula. berat sungguh mega yang berarak di ufuk pemikiran aku. mendung awannya takkan hanya akan hilang dengan hanya taufan angin songsang. aku menungkan jauh pandangan ku. terbentang di depan ku sebuah kisah yang telah lama ku pendamkan. namun ku kira saat ini amat sesuai untukku melihatnya semula..
suatu masa dulu. di sebuah taman di tepi tasik...
"kamal. kau mahu jadi apa kamal?" sahabat baikku rejab dengan seribu persoalannya.
.."apa maksud kau rejab?" tatkala aku sedang perlahan dalam kunyahan ku menikmati kacang kuda sambil jauh memandang tanpa ada makna kehadapan, menjawap soalan tanpa perlu memandangnya.
"..siapa engkau kamal 10 tahun dari sekarang?" tidak putus asa lagi kawanku ini, kualiti yang payah ku jumpa lagi dikalangan orang-orang lain.
"herm.." jawapan ku pendek yang juga bukanlah satu jawapan.
aku terus termenung kehadapan. melihat tasik yang terbentang luas di depan dengan penu kosong walau di tengahnya penuh dengan aktiviti manusia kebanyakannya pasangan kekasih mengayuh bot2 angsa2 mereka.
"..ntah..la rejab. tak pulak aku pikirkannya .."bersahaj tanpa ada rasa bersalah langsung , ya aku tahu.
"..maap kamal..tapi memang kau tak patut 'hidup' sekarang.."lembut tapi cukup untuk buat ku berpaling dan cukup untuk buat anak mata ku membulat sendiri.
"..cuba kau jelaskan maksud kata2 kau rejab.."cuba ku tahan amarah yang sedang amuk di dalam dadaku ketika itu.
"..maaf temanku tapi ..kenapalah kau juga seperti mereka2 ini juga..tidak melihat , tidak mendengar, bisu dalam kata2.. tapi masing2 mengaku juara hidup....kenapa masih hanyut di tengah medan yang jelas kabur dan tiada makna ini.. mana kan arahmu yang sebenar? tidak pernahkah kau tanya soalan ini..
................sayang.. dalam banyak orang yang ku kenal ku harapkan kau tak seperti merekan yang lain.."kata2nya benar seperti lembing yang direjam ke dalam dadaku. termangu saja aku sambil melihat sahabat ku meninggalkan ku ,melihat kelibat tubuhnya semakin kabur di telan kabus maya..


aku masih lagi di sini di kerusi batu ini.kenangan itu banyak membuka mataku. membuka banyak ruang2 hidupku. tapi sayang itulah kenangan terakhir aku bersama rejab. telegram itu telah renyuk ku genggam , nampaknya tubuhku telah ber'kata' dan ia tidak pernah menipu. jawapan telah tersedia hanya perlu aku pahaminya sahaja. ya !! nantikanlah kepulanganku...

No comments:

Post a Comment