pembaca

Sunday, December 26, 2010

khilaf

                  Khilaf*

“dosa? Penyesalan ?”
          “ya. Engkau  tak pernah bercakap tentang semua benda nih ke?”
“pernah. Tapi... penting ke sekarang?”
          “kenapa? Perlu masa-masa tertentu ke?”
“bukan macam tu.....tapi... tak bosan ke?”
          “cuba dulu..baru tahu..”
“emmm...tapi...”
          “begini topik gtu bukan isu tapi hati kita yang penting. Sekarang ia penting. Masa  tetap berlalu tapi kalau tanpa berlaku apa-apa, lagi bosan kan.”
                   Dia diam. Terpaku matanya ke atas. Ke lelangit, seperti ad sesuatu tang menarik perhatinnya . walau di situ hanya kosong dilampiri lampu kalimantang yang melintang,bercahaya, cuba memberi efek khas ke atas perbualan ini.
          “jangan risau. Apa yang timbul di sini  tidak akan  keluar dari sini.”
“aku percaya pada engkau  dan ia bukan satu isu pun selama ini. Tetapi aku tak faham  kenapa tiba-tiba sekarang kita nak bincang sesuatu yang semacam ini.”
          “....sebab masa tak sesuai ke?”
“entahlah ...mungkin, tapi aku terasa semacam jer”
          “memalukan sangat ke?”
“eh, benda macam tu tak memalukan ke?”tanya dia semula.
          “pada kau macam mana?”
“ermm...mestilah kan. Apa.. orang cakap  membuka pekung  didada sendiri, lagi satu orang pun ada cakap ‘skeleton in the closet’ sama kan?”
          “yang nombor dua tu aku kurang arif  sikit ....bukan masalahnya sekarang”
“apa pulak , ia melibatkan perkara-perkara yang mengaibkan aku. Habislah rahsia aku.”
“rahsia apa? Bukan aku nak mengorek rahsia engkau. Tapi cuba untuk menyelami apa yang ada pada engkau.”
          “itu je. Habis apanya pada engkau? Maksud aku faedahnya? Kalau bukan  untuk tahu rahsia aku apa lagi. Ke ada orang lain yang nak tahu.”
“oh... itu dah salah  buat apa aku nak buat sesuatuyang bodoh macam tu. Jaja rahasia orang  bukan gaya aku. Dapat duit ke? Lagipun duit bukannya boleh buat aku kaya pun, kalau kaya pun bukan boleh tahan lam pun  berbanding dengan persahabatan kita selama ini.”
          Kali dia.  Cuba menyembunyikan kepalanya di celah kedua lututnya. Suasana sunyi di dalam bilik itu benar-benar membunuhnya. “apa...” dia menaikkan kepalanya,matanya menyengkang mataku , tepat.tajam dan jelas tumpuannya.
          “ya..?” aku cuba menghadapinya, biasa. Aku tahu mata itu mesra tidak berkhianat.
          “apa tujuan kau sebenarnya?”tanyanya lgi sambbil merapatkan belakangnya ke dinding putih kosong itu, ringkas, tapi cukup menenangkan fikiran aku. Aku tidak terburu menjawab, cuma meniru perlakuan nya. Menghembus nafas yang panjang  , itulah yang sangat melegakan  hatiku. Kesannya ada. Cuma suasana di sini menekan, menyesakkan walau pada hakikat, ia amat luas, bilik ini, tanpa penghias atau apa-apa yang akan menganggu kami.
          “tujuan.... kalau aku kata tak de tujuan , macam mana?”
“apa!?”
“nanti...nanti.. bersabar aku cuma nak cuba lihat tindak balas kau saja..”
          “jangan macam tu kawan.. kita nie dah lama tak berbual macam nie. Perbincangan yang berat gaya ini. Cubalah berterus-terang dan jangan buang masa kita.”
          “memahami...menyemak, mengemas kini sesama kita. Cuba  merapat mana-mana jurang yang ada. Boleh menjadi taulada dan pengajaran sesama kita. Juga boleh kata menyatukan kita.”
          “bersatu? Macam aman damai ke? Kira kau kita tak cukup damai ke berdua?”
          “penyatuan bukan semestinya berlaku selepas pegaduhan , kekacauan atau perpisahan sahaja..penyataan jiwa membawa kepada kekuatan dalam sebuah perhubungan , persahabatan kita contohnya”
          “oh..”
“kenapa?”

          “kau takkan pandang buruk aku kan.... aku takut akan memberi pandangan itu..”
          “pandangan apa? Cara yang macam mana lagi yang aku kena buat?”
 “tak.. maksud aku pandangan atau renungan yang  menghukum. Menyatakan aku salah. Pandangan jijik. Sepertinya aku tidak lagi layak.”
          “tidak sama sekali aku akan buat sesuatu semacam itu. Malah ia sesuatu yang memalukan nanti, tiada langsung nilai moral satu apapun. Kau tahu aku bukan begitu.”
          Dia mengangguk perlahan,faham maksud perkataan aku. Merenung aku lebih dalam seperti boleh terlihat segala isi seluruh jasadku pada inder lihatnya.
Lama renungannya. Tanpa ada kerdipan. Kelibat keyakinan tetera di wajahnya. Tanda dia sudah bersedia untuk memulakan. Memuntahkan sesuatu yang payah dan pahit. Sukar, aku tahu. Perlu, dia tahu. Namun ada riak-riak keraguan bergaris di muka dia. Belum cukup bersedia....
          “baiklah, bersedialah..”tiba-tiba. Dari diam yang lama memamah kami. Memungkinkan kurangnya masa yang tinggal. Memperbetulkan sila-nya dia pun  bermula...
          Perlahan sahaja dia bercerita, tenang. Tanpa  ada sekat-sekat. Khusyuk dia dan aku yang mendengar. Aku dengar setiap ulas pengakuannya. Satu persatu. Fokus. Cuba untuk tidak kehilangan satu bahagian pun. Aku menjadi setia. Ketika itu. Ragu tidak pernah mencubit. Cerita dari hati seorang sahabat yang bersama berjuang di atas jalan yang satu. Setia dan tidak akan berkhianat. Tiada dalam perhubungan kami unsur cela dan jahat.
                    Ceritanya terhenti sebentar oleh batuk-batuk kecil. Tidak membimbangkan. Tidak apa-apa. Kenudian dia diam. Disebabkan batuk tadi agak atau dia cuba mengingat. Ditariknya nafas dalam-dalam dan terus meneruskan untaian kisahnya semula. Aku menyambung dengar. Tanpa fikir apa-apa. Aku cuba se-objektif mungkin. Otakku seperti menyerap segalanya tanpa perlu ada tapisan; penilaian. Lancar ceritanya, jelas, tanpa ada yang kabur atau yang aku tertinggal. Dia juga menyusunnya dengan baik. Indah? Bukan ia berkehendakkan keindahan. Malah tidak perlu beralaskan kecantikan untuk menyampaikan maksud. Jua ia boleh mencacatkan hingga boleh sahaja rosak,kaku , beku dan hilang signifikasinya. Penakrifan jadi longgar. Tumpuan akan hilang dek kerana mahu mencantikkan maksud. Tampak hipokrit.
          Aku merenungnya lebih dalam lagi. Ceritanya mencapai tahap pertengahan. Bahagian ini tampak ngeri. Perlukan aku lebih tumpuan. Semuanya jadi dahsyat, putih bilik ini tiba-tiba malap seakan sesuatu yang tidak baik melayang-layang di awangan. Semakin ia menekan aku tatkala dia melewati satu bahagian lain. Rasa remang memualkan. Takut? Tidak, Cuma rasa akan kehodohan sikap buruk manusia-manusia. Bertambah loya aku bukan kerna sahabat ku ini tetapi akan menyedari keupayaan manusia yang membuat mereka berada lebih jijik dari haiwan. Keupayaan yang sanggup melompat keluar dari garis sempadan, sunggulah manusia, akulah juga manusia. Sedar tetapi masih mencari dan membuat alasan  untuk mengelak. Malah terus menambahkan kehodohan dengan kebodohan , kurang sedar akan perlunya melakukan perubahan, besar dan kecil. Penambahbaikan yang perlu dan wajib bersandarkan hakikat paling asa kehidupan manusia di atas muka bumi ini.
          Dari cerita dia aku faham akan sesuatu. Kita manusia, banyak dari kalangan kita sedikit bijak memmahami kehodohan itu juga  tidak tahu apa yang sebenarnya kita fahami dan tidak bertindak di atas apa yang kita fahami. Rasa adalah satu bentuk  pemahaman, setakat mana ia dapat membawa kita tidak pula  kita dapat ukur nilanya.
          Ceritanya sudah hampir pada penghujungnya. Kami bagaikan mengmbara seketika ke masa silam. Masa silam dia. Pengembaraan yang hampir fantasi tetapi sangat realiti. Dialah hakikat ceritanya sendiri. Hakikat yang pahit ttetapi penuh dengan kebenaran. Malah memberikan kesan-kesan yang akan lebih bagus pada pengakhirnya nanti.
                                                “..............begitulah kisah dosa dan penyesalan aku. Mungkin setengah darinya belum aku perbaiki dengan taubat atau...belum lagi dapat jadi rumusan dan jadi perbandingan pada kehidupan mutakhir aku.”
          Itulah penghabisan cerita dia. Kami diam untuk beberapa ketika. Dia menggosok-gosok perlahan kedua pemukaan telapak tangannya. Dia menunggu sesuatu. Dia mahukan sesuatu dari aku. Tetapi aku terus beku dalam renungan dia, bagai ais , tidak memantul tetapi tembus menampakkan apa yang ada disebaliknya. Sebetulnya aku bbelum bersedia, belum lagi mahu dan boleh memuntahkan apa-apa perkataan dari halkumku. Aku mahu lebih dalam-dalam  berfikir, cuba untuk tidak merosak suasana yang agak rapuh ini. Satu langkah yang dibuat dengan terburu-buru akan menghancurkan bianaan kukuhyang telah di bina oleh dia tadi.
          Ayt pertama aku haruslah yang telah  dipilih halus-halus dan bagus-bagus bukan sekadar untuk tampak bijaksana tetapi kerana mengambil kira kesan nya nanti. Sekarang bukan lagi bertujuan untuk meminimakan kerosakan yang mungkin akan timbul malah mandatori supaya tidak melakukannya. Aku tergeliat-geliut dibalik mata akal dan pangkal hati , mencari suatu formula untuk suasana yang serapuh ini.
          “jadi..... apa sekarang?” tanya dia yang kurang selesa dengan diamnya aku.
Tetapi aku terus  diam dan bisu. Dia memandang aku , terpancar ketidakpuasan yang maha kerana ketiadaan reaksi dari aku.
                   “.......komen engkau atau apa-apapun...” dia mendesak pula. Tahap kesabara jelas semakin tipis.
           Kaget jadinya aku. Terikat dengan  suasana yang begini. Hilang pula kelancaran lidah yang merupakan kelebihan aku selama ini. Aku tunduk sebentar, menghela nafas panjang mempertunjukkan tanda-tanda aku sudah bersedia. Dia menunggu. Aku sudah tahu! Ayat apa  untuk dia dan aku tahu dia tidak akan kecewa dengannya. Aku betul betul pasti.
          “bagi engkau macam mana? Apa yang engkau rasa selepas ini semua?” soal aku mengakhiri diam aku yang lama tadi.
                   “a..a..aku?” dia pula yang kelu. Tergagap menyambut soalan aku. Termenung kemudian menggigit ibu jarinya.
          “ya , apa yang kau rasa selepas habis cerita kau itu?” tegas aku semula.
                             “aku...a.. aku rasa lega, ya aku rasa lega , sangat-sangat,lapang dada.. terasa sudah terangkat segala beban yang selama ini mem bebani hidup aku tapi ada sesuatu......”
          “baguslah...kerana yang penting sebenarnya adlah engkau, apa yang engkau rasa , bukan komen aku tetapi tetap ada signifikasinya tersendiri.”
“aku  faham maksud engkau itu kawan, tapi aku tak faham tujuan engkau. Setakat mendengar cerita takder hasilnya untuk kita berdua. Ya , mungkin ada sedikit .. untuk aku..tapi”
          “sabar-sabar, daerah itu akan kita jelajahi sebenmtar saja lagi.”
                   “baiklah..”
          Kemudian kami kembali dianm semula. Aku berteleku seketika. Bersedia untuk naik ke tingkatan perbincangan yang lebih tinggi.
          “begini...sebelum apa-apa aku mahu mengingatkan bahawa apa yang aku cakap hanyalah berdasarkan pengalaman,juga seciping ilmu dan sedikit pengamatan aku sendiri. Jadi sekiranya terdapat kelemahan harap engkau dapat betulkan agar kita sama dapat manfaatnya bersama.faham.”
          “mulakanlah”
Aku menarik nafas panjang.
          “dosa adalah perbuatan , tanpa sedar atau sedar. Penyesalan pula ada kesan. Kesan yang mempengaruhi jalan manusia, juga secara sedar  atau tidak.. aku diam seketika dipembukaan.  Cuba menyusun isi-isi yang lebih kemas dan mudah hadam.
“....................dari cerita engkau kita dapat beberapa perkara penting. Pertama , dosa itu bermula dengan niat dan niat itu datangnya dari nafsu keinginan kita. Malah ia ditambah lagi dengan bisikan syaitan. Selepas niat itu selalunya datang ilham, fikiran tentang akan apa yang akan berlaku seterusnya apakah kesan atau akibatnya nanti. Fikiran kita juga dibantu oleh sedikit pengatahuan dan paling banyak bisikan nasihat yang baik-baik. Ada satu lagi unsur yang selalu muncul atau mungkin kadang-kadang muncul iaitu was-was. Bermakna pada ketika itu kita berada dipersimpangan walaupun dengan niat sahajasudah menempatkan sebelah kaki kita di satu tempat kejahatan iaitu dosa...”
          Aku berhenti disitu sebentar. Dia dari tadi khusyuk mendengar aku.
“aku setuju dengan engkau. Tentang was-was itu membuat aku terfikir...ia adalah satu unsur yang aku rasa baik dalam impak untuk tidak meneruskan niat kita tadi .”
                   “ya, was-was itu adalah unsur baik dalam perkara yang kita bincangkan ini. Ia juga memperluaskan kemungkinan tentang kesan perlakuan dosa atas niat kita tadi.” Aku menambah lagi kata dia. Aku gembira dengan tahap kefahaman dia. Bukan bermaksud dia dangkal Cuma aku lebih perlu suatu bentuk pembuktian atau semacam reaksi dari dia.
          “terus....” desak dia untuk aku meneruskan bicara.
                   “selepas niat berlakulah perlakuan. Perbuatan ini yang dilapisi tahap emosi yang melampau. Kita pernah dengar orang itu begitu tenang melakukan dosa. Itu pula bukanlah menunjukkan dia tidak beremosi. Malah mungkin menun jukkan tahap emosinya yang sangat terlampau sehingga dia merasa tenang dengannya. Satu lagi, menunjukkan dia sudah hilang kesedaran akalnya. Imannya sudah jauh dari akalnya apatah lagi emosinya..”
          “betul!! Emosi sangat mempengaruhi perlakuan kita diketika itu. Malah dalam satu keadaan timbulsatu keadaan kita berbangga di atas perlakuan dosa itu. Satu keadaan yang amat hodoh dan amat menjijikkan namun pada ketika itu semacam segalanya terbalik tampak indah dan dilihat seperti satu pencapaian.”
          Bijak dia menambah.              
                   “bodoh, itulah kita sebagai manusia tanpa menyedari riuh sorakan syaitan dengan kejayaan mereka.”
          “tetapi aku keliru dengan apa yang dikatakan keadaan yang mendesak? Apa pendapat engkau?”
          “oh itu...ya, aku lupa tentang itu. Beginilah kita mempunyai ruang dan peluangkan.. kenapa kita tidak menggunakan nya? Bukankah semuanya terletak pilihan. Baiklah aku cuba memperincikan lagi. Dalam apa jua keadaan akan terdapat satu jarak ruang masa , sesingkat manapun ia. Di situlah datangnya niat ke arah perlakuan. Malah ketika itu juga lah kita dibentangkan dengan pilihan. Mungkin ia tampak singkat tapi tidak pada si perlaku, relatif masa. Dia memperlakukan dosa selepas membuat perkiraan  yang menunjukkan keadaan  bahawa dia telah berfikir dan melihat pilihan-pilihan yang ada di depan dia. Malah ‘keadaan mendesak’ itu hanyalah alasan yang direka  oleh nafsu kita dengan sedikit ‘bantuan’ si syaitan. ‘peluang di depan mata’ satu lagi alasan yang amatlah bodoh..” aku diam lagi. Aku menyedari dia sedang menghadam semua perkataan aku tadi perlahan-lahan.
          “..........................sekarang aku  akan pergi kepada faktor perlakuan tadi. Dan aku kira satu sahaja faktor yang cukup untuk menerangkannya iaitu ‘kekurangan’ maksud aku  kekurangan ilmu iman dan kawal diri. Kekurangan adalah kelemahan malah unsur kekuatan  bagi musuh kita syaitan dan sahabat karib kita nafsu untuk mereka menguasai kita. Kekurangan itu juga menyebabkan cepatnya kita bertindak. Ia bukanlah alasan namun sebagai pemangkin  atas perlakuan dosa kita”
           “bagaimana pula dengan mereka yang tiada masalah kekurangan ini?”
                   “itu adalah kelebihan  dan kelebihan adalah penyebab satu penyakit yang bahaya dalam dunia iaitu kesombongan. Ilmu yang ada pada mereka talah mengurung  dia di dalam sangkar n egoistik  yang menunjukkan kekurangan sifat hamba. Sesuatu hakikat yang ramai lupa akannya.  Malah disatu keadaan dia merasakan bahawa dia akan terlepas atau kadang-kala menyebabkan dia beralasan bahawa ini hanya sau-satu nya sahaja perlakuan dosa yang dia akan lakukan, tiada lagi selepas ini. Inilah kesombongan, ia memamah  lebih mendalam dari keadaan  orang yang kekurangan tadi. Kerana dia sukar diperbetulkan dengan asakan dari luar. Sehingga ke kemuncak dia terus memperlakukan  perbuatan dosa dek asakan luar itu tadi. Bermakna orang begini mempunyai kecenderungan ke arah kerosakan dalaman yang total tidak dapat di elakkan. Sangat susah untuk diselamatkan.....”
          Dia diam kali ini mungkin terlampau jauh dan dalam aku berkata mungkin mengetuk ufuk pemikiran. Namun aku tetap merasakan ianya tidak keterlaluan atau kata lain akan membangkitkan isu kepada kami. Dia tahu maksudku malah faham kami masing-masing faham benar akan hati satu sama lain.
            

No comments:

Post a Comment