pembaca

Sunday, December 12, 2010

getah buku

 ‎..tengkujuh. Dipenuhi dengan sedu sedan alam namun tiadadapat menandingi tangisan para penoreh getah. "..getah mahal, wok, tapi norehnya tak dapat"gumam Leman perlahan bersama renungan tanpa maksud yang dilontarkan pada laman basah dan terus basah itu. "hermm esuk naik pulak harga minyaknya ya leman"jawab Wok Limah dari dalam ,yang mengejut Leman. Seketika
 
" mana tahunya wok?" Tanya Leman ingin tahu.
 "eishh kamu nih, dalam fesbuk ni ha" sambil mengunjukkan notebook 1malaysia kepunyaan Dirah ,cucunya.
 Lagi terkejut Leman, hampir nak tertungging dia dari pagar kayu, beranda rumah mak saudaranya itu. Namun diselamatkan dengan ketangkasan tangannya memaut tiang beranda. Terlampau terkejut dengan gambar Wok Limah dan halaman ‘facebook’nya.
“fuhh..wok, wok pun dah ader fesbuk ya..!!”
    “hieshh kamu..ingat aku nie apa tu , apa tu Dirah?..”
“buta it.” Jawab Dirah pendek.
“…haha takderlah sampai macam tuh Wok..”
    “ha pak ngah ndak ker, Dirah boleh buatkan..”
“tak payah , nak buat apa, pak ngah nih noreh jer” Lemah dan perlahan sahaja jawapan Leman.
  “hah tuhlah kamu Leman, tak reti nak majukan diri..” komen Wok Limah.
“ya pak ngah kata  wan tu, kat sini boleh cari makwe..heehee”
     “hah betul sangat tuh Dirah, Pak Ngah kamu nih dah lama sangat membujangnya”
“ntah ya ntah ndak fesbuk itu, bujang tapi bini orang , wok. Jaman sekarang nih bukan boleh  buat kira” Jawab Leman di dalam hatinya , dia teringatkan berita-berita yang di bacanya di Warung Pak Njang Jali. “kerana facebook rumah tangga berkecai” , “lafaz cerai di facebook” dan pelbagai lagi yang terlintas di memori Leman.
  “hieshh criter bab kahwin aje, diamlah dia, dah terus tak nak komen”
Kedengaran Dirah mengekek kecil menyambut komen ‘panjang’ neneknya itu.
  “getah naik lagi dua puluh sen ya Leman?”
“huikss ada kat dalam fesbuk juga ker wok?” bingkas Leman dari menungnya.
“terok bebenor kamu nih , ada dalam berita malam tadi, kamu tak tengok ker?”
“owhh, berita. ..tak tengok Wok, tak sempat. Ada kuliah kat surau”
  Jawapan yang mensunyikan terus suasana. Hanya tinggal derap tidak sekata renyai hujan di atas atap zink rumah kayu separa tradisi (kerana bahagian dapurnya telah diubah dengan binaan simen.)
   “hermm ..tambah 20sen jadi 6 ringgit sekilo.” Bisik Leman perlahan. Cuba mengira-ngira akan ‘masa depan’nya.
    “tapi…”bisiknya lagi. namun tidak disedarinya yang bisikannya itu terlalu kuat.
“tapi apanya Leman..”Tanya Wok Limah tanpa mengalihkan fokusnya pada skrin Notebook Dirah itu.
  Leman dian sahaja walau dia menyedarinya. Tidak mahu melanjutkan apa yang sedang bermain di fikirannya untuk dikongsikan bersama.
  “hieshh budak nih, berangan lagi lah tuh” leter Wok Limah.
    ‘tapi’ itu yang mengingatkan Leman pada kejadian yang berlaku kelmarin. Hari Ahad, Along , De dan Teh balik bercuti Seperti selalunya, kalau mereka serentak balik tentu ada yang ingin diperbincangkan, Leman dah paham benar.
   Kak Longnya yang sudah menghidangkan kopi terus berlalu ke dapur tidak mahu ikut campur. Suami si De duduk di beranda mengulum Winston Lightnya. Leman memilih muka pintu sebagai tempat untuk dia dengan Benson & Hegdesnya, kerana hanya dia dan suami De sahaja yang merokok.
   Masing-masing masih diam. Leman hanya menantikan sahaja topiknya. Hanya dia dapat meneka apakah ‘ceritanya’.
  “begini ngah..”Along memulakan bicara. Terhenti seketika untuk meneguk kopi panas di depannya.
“tentang kebun getah arwah abah yang enam ekar tu.”
  “aku dah agak dah” bisik hati Leman juga ada sedikit puas dengan ketepatan telahannya.
   “aku dengan de dah bincang ,Teh pun setuju, kami ingat nak bahagikan tanah tu”
“bubuh nama ajerlah, tapi aku tak der duit long” Leman mula ikut serta, tanpa menunggu untuk Along menghabiskan ceritanya.
  “hah, moleklah tuh, kau pun setuju, bab kos itu kau jangan risau, biar aku ngan de yang tanggung”
“long..itu..itu” De cuba berkata sesuatu.
“hah tentang kebun itu, ngah”
“kenapa dengan kebun tu” potong Leman. Dia ‘memancing’.
“tentang hasil getah tuh” De mencuba lagi.
“hah kenapanya dengan hasil getah tu?” Leman memancing lagi.
“kami ingat nak be ..be”
“kami nak angah ‘kongsikan’ sama hasil getah tu. Apa yang payah sangat nak cakapnyer?” tiba-tiba Teh menyampuk. Sememangnya dia tak suka berselindung. Darah muda.
  “owh itu..”
  Seterusnya terus senyap sunyi. Suami De hanya terbatuk-batuk kecil di tangga. Leman mengeluarkan sebatang lagi rokoknya. Selepas dinyalakan dia meneguk air kopi di depannya itu sambil secara senyap mengerling pada sekalian mata yang tertumpu ke arahnya itu.
   “tak der masalah long, de , teh , aku pun tahu bukan hak aku seorang semua tu.” Di sambungnya pula dengan hembusan asap yang berkepul panjang.
“tapi nak buat kira cam mana?”
Along hanya tersenyum. Seakannya menanti jawapan itu dari Leman.
“ahh senang tu ngah, kita bagi sama rata jer. Oh ya tentang kos tukar nama itu, kira tolak dari kamu yang dah lama jaga kebun itu”
  “senang-senang jer dia nak tolak.” Bisik hati Leman. 10 tahun dia mengusahakan kebun getah dari sekecil pokok hinggalah ke sebesar-besar pokok semuanya diusahakannya sendiri menggunakan duitnya sendiri.
  Seterusnya malam itu hanya berkitar ‘bagaimana’ dan ‘bila’ duit itu hendak di uruskan. Leman tidak banyak menyumbangkan idea lebih banyak mengikut sahaja. Malam itu dia tertidur dengan senyuman yang tidak putus hingga ke pagi.
    “adik- beradik kamu balik ari tuh hendak apa Leman” Tanya Wok Limah yang mengejutkan Leman dari lamunannya itu.
“balik bercuti Wok” pendek sahaja.
“yerlah bercuti. Tapi deme tuh kalau balik beramai mesti ada benda yang hendaknya” pengalamannya Wok Limah tentang asam garam hidup belum dapat untuk Leman saingi lagi.
   “tentang kebun getah tuh Wok” pendek lagi. tahulah Wok Limah menafsirkannya.
“hah, memang tak tahu malu diorang tuh. Bila masa dah ber’harga’ nih barulah nak pulak yer” protes Wok Limah sendiri tetapi masih lagi dengan lembut nadanya.
  “ari tuh tak mahu masing-masing. Bila bab duit orang tetap jadi orang.”
Leman tersenyum mendengar bahagian “orang tetap jadi orang’ .
“hah memang molek kau ke sini nih. Sebut  pasal kebun getah. Kebun aku nuh, aku nak berentikan orang yang noreh getah aku tu. Dua tiga hari nih lain macam aje timbangnya.”
Cepat Leman berpaling. teruja nak mendengar bahagian seterusnya.
“kamu jer yang noreh getah aku tuh Leman”
   Hendak sahaja Leman melompat dari di beranda itu. Tetapi dapat ditahannya. Kalau tadi dia mengenangkan ¼ bahagiannya yang tinggal kini sudah boleh menarik nafas sedikit.
  “hah, jangan tersengih aje. Kamu hendak ker tidak?”
“hendak wok, hendak..(sangat-sangat)berapa ekar wok?”
  Ishh-ishh-ishh pak ngah, TAMAK”
“HEHE kamu nih Dirah jangan di cakap begitu pada pak ngah kamu tu” mengekek Wok Limah mendengar komen cucunya itu.
“9 ekar,”
   Tiba-tiba kedengaran lagu nada dering telefon tangan Leman.
“ada mesej? Siapa” getus Leman kecil.
 Dan Leman terseyum lagi makin kembang membaca mesej panjang lebar dari Teh, adiknya yang berkerja sebagai ketua jurutera di MIMOS* itu.
 Dengan tertib dia menjawabnya dan dihantar balasannya. Senyuman masih lagi tak putus lagi dari wajahnya.
    “Dirah, buatkan pak ngah fesbuk..”
“hah nak cari makwelah tuh”

No comments:

Post a Comment